::Dynamite Message::

Powerpoint Pendidikan Islam (Solat Jenazah)

POWERPOINT

Rancangan Pengajaran Harian

Saturday, April 25, 2009

PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN

PENDIDIKAN ISLAM KBSM –IBADAH-

Persediaan Mengajar Harian

Mata Pelajaran : Ibadah

Kelas : 3 Intelek

Tarikh : 24 Mac 2009

Masa : 11.00 – 11.40 pagi

Bilangan Murid : 30 orang

Tajuk : Solat Jenazah.

Kemahiran : Kewaiipan terhadap jenazah.

Pengetahuan Sedia Ada

  1. Pelajar-pelajar pernah mendengar tajuk ini dari guru agama.
  2. Pelajar-pelajar pernah menyaksikan perlaksanaan solat jenazah di televisyen dan di kawasan tempat tinggal masing-masing.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :

  1. Menyebut lafaz niat solat jenazah dengan betul.
  2. Menyatakan dengan jelas rukun-rukun solat jenazah.
  3. Menyenaraikan kedudukan jenazah semasa disembahyangkan.
  4. Mempraktikkan cara-cara menyembahyangkan jenazah.

Kemahiran Berfikir

  1. Menyusun atur.
  2. Membanding dan membezakan.
  3. Menghimpun maklumat.

Penerapan Nilai

  1. Menyedari dan meyakini akan kematian.
  2. Mengingatkan mati dapat menghampirkan diri kepada Allah.
  3. Meyakini sebaik-baik bekalan mati ialah beribadat.

Bahan Bantu Mengajar

  1. Buku teks
  2. Gambar-gambar kedudukan jenazah semasa disembahyangkan
  3. Kertas A4
  4. Montaj pengukuhan
  5. MP3
  6. Slaid power point
  7. Video praktikal

LANGKAH / MASA

ISI

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

CATATAN/ ALAT

PENDAHULUAN

(2 minit)

Bacaan doa pelajar.

Guru dan pelajar membaca doa pelajaran secara beramai-ramai.

SET INDUKSI

(5 minit)

Pelajar diminta untuk mendengar nasyid ’Selimut Putih’ dengan teliti.

Guru mengutarakan beberapa soalan yang merangsang minda pelajar.

Soalan guru:

- Apakah yang kamu dapat simpulkan daripada nasyid ’Selimut Putih’ tadi?

Guru mengaitkan nasyid ‘Selimut Putih’ dengan tajuk yang hendak diajar.

Pelajar mendengar nasyid ’Selimut Putih’ dengan kelas.

Pelajar menjawab pertanyaan guru secara kelas.

Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.

MP3

LANGKAH 1

(7 minit)

Maksud Solat Jenazah:

Solat yang dilakukan oleh orang yang hidup kepada orang yang mati.

Lafaz niat solat jenazah

أصلى على هذا ( هذه ) الميت (الميتة) أربع تكبيرات فرض كفاية إماما / مأموما لله تعالى

Ertinya : Sahaja aku solat ke atas mayat ini empat takbir fardu kifayah imam / ma’mum kerana Allah Taala.

Guru menerangkan maksud solat jenazah

Pelajar memberi tumpuan terhadap penerangan guru.

Guru menyebut lafaz niat solat jenazah kemudian meminta pelajar menyebut lafaz niat tersebut secara beramai-ramai.

Pelajar mendengar dengan teliti kemudian menyebut lafaz niat solat jenazah secara beramai-ramai dengan betul.

Slaid

powerpoint

LANGKAH 2

(7 minit)

Rukun-Rukun Solat Jenazah:

1.Niat

2.Berdiri lurus jika

berkuasa

3.Takbir 4 kali, dengan

takbiratul ihram

4.Membaca al-Fatihah

selepas takbiratul ihram

5.Membaca selawat ke

atas Nabi selepas takbir

yang kedua

6.Mendoakan jenazah

selepas takbir yang

ketiga

7.Memberi salam

Kedudukan jenazah:

Mayat Lelaki:

Kedudukan imam ketika solat jenazah lelaki bersetentangan dengan kepala jenazah. Kepalanya disebelah kiri imam.

Mayat Perempuan:

Kedudukan imam ketika solat jenazah perempuan bersetentangan dengan pinggang jenazah. Kepalanya disebelah kanan imam.

Jenazah Yang Ramai:

Rujuk kepada gambar kedudukan jenazah.

Tayangan video cara-cara menyembahyangkan jenazah secara praktikal.

Pelajar diminta memerhati carta minda yang ditunjukkan oleh guru tentang rukun solat jenazah.

Guru memberi penerangan-penerangan selanjutnya dengan bantuan slaid powerpoint

Pelajar diberi peluang mengajukan soalan yang berkaitan solat jenazah.

Guru menjawab setiap pertanyaan yang diajukan oleh pelajar.

Pelajar menyaksikan dan mendengar dengan penuh perhatian terhadap video praktikal tersebut.

Slaid powerpoint

Video praktikal

PENUTUP

(4 Minit)

Tayangan ringkas montaj pengukuhan mengenai kematian.

Soalan guru:

Adakah kita sedar saat kematian?

Bersediakah kita menghadapi saat-saat kematian?

Rumusan guru:

Solat jenazah merupakan satu tuntutan fardu kifayah ke atas setiap muslim.

Pelajar menyaksikan video tersebut.

Guru meminta pelajar untuk menjadikan soalan tersebut sebagai muhasabah diri

Guru memberikan setiap pelajar sehelai kertas kemudian meminta mereka merumuskan apa yang telah dipelajari mengenai tajuk hari ini dalam bentuk peta minda.

Guru memilih salah seorang daripada pelajar untuk berkongsi dengan rakan-rakan hasil daripada rumusan yang dibuat dalam peta minda tersebut.

Guru membuat ulasan penutup tentang tajuk yang dipelajari pada hari ini.

Murid mendengar dengan penuh perhatian.

Montaj

pengukuhan

Kertas A4

0 comments:

Post a Comment

::GottCha::

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts