::Dynamite Message::

Powerpoint Pendidikan Islam (Solat Jenazah)

POWERPOINT

Pengaplikasian Montaj Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah

Tuesday, April 21, 2009

Pengaplikasian Montaj Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah

Oleh
Noor Hayani Binti Pelah
Norisahidah Binti Yahya
Surya Adliza Binti Abdul Kadir


Email: suryaadliza@yahoo.com


ABSTRACT

This article was based on the development of an interactive multimedia software prototype (montage) on the teaching and learning of Islamic Education (Ibadah). The aim of this article was to find out how the combination of multimedia elements such as text, graphics, audio and video contribute to the effectiveness of teaching and learning. As we know, multimedia is a technique that conveys information in a multi-sensory manner. It might include the use of textual, graphic, audio and video materials to convey information to the user, who would interact with it by reading, listening and observing still and moving image. This article also showed that the combination of multimedia elements (montage) had a positive effect on the students’ learning and increased their interest. Teachers agreed that the application of interactive multimedia had an impact on teaching and learning, and enhanced students’ motivation too. Students come to the classroom with various learning styles. Some students learn better from visual images while others prefer the auditory channel. Video materials (montage) are multi-sensory and can meet both the need for visual and auditory stimulation. When sights and sounds are combined, students become more engaged. As a result, they learn more and remember more of what they have learned. Because students watch television everyday, video is a medium they can understand and interpret easily. It makes sense to take advantage of students’ senses, interests and viewing skills in selecting instructional materials. Finally, it is hoped that the development of the software (montage) will help diversify the use of technology (computers) in teaching and learning especially in schools. Thus, students have the opportunity to interact individually and gather information according to their own needs and abilities.

Key words : Technology, Multimedia, Audio-Video, Montage, Islamic Education.


Pengaplikasian Montaj Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah

Oleh
Noor Hayani Binti Pelah
Norisahidah Binti Yahya
Surya Adliza Binti Abdul Kadir

Email: suryaadliza@yahoo.com


ABSTRACT

This article was based on the development of an interactive multimedia software prototype (montage) on the teaching and learning of Islamic Education (Ibadah). The aim of this article was to find out how the combination of multimedia elements such as text, graphics, audio and video contribute to the effectiveness of teaching and learning. As we know, multimedia is a technique that conveys information in a multi-sensory manner. It might include the use of textual, graphic, audio and video materials to convey information to the user, who would interact with it by reading, listening and observing still and moving image. This article also showed that the combination of multimedia elements (montage) had a positive effect on the students’ learning and increased their interest. Teachers agreed that the application of interactive multimedia had an impact on teaching and learning, and enhanced students’ motivation too. Students come to the classroom with various learning styles. Some students learn better from visual images while others prefer the auditory channel. Video materials (montage) are multi-sensory and can meet both the need for visual and auditory stimulation. When sights and sounds are combined, students become more engaged. As a result, they learn more and remember more of what they have learned. Because students watch television everyday, video is a medium they can understand and interpret easily. It makes sense to take advantage of students’ senses, interests and viewing skills in selecting instructional materials. Finally, it is hoped that the development of the software (montage) will help diversify the use of technology (computers) in teaching and learning especially in schools. Thus, students have the opportunity to interact individually and gather information according to their own needs and abilities.

Key words : Technology, Multimedia, Audio-Video, Montage, Islamic Education.






























BAB 1: PENGENALAN


1.1 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada komputer (PBK) telah mula diperkenalkan dan kini era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.

Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam mengubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas lagi. Kehadiran teknologi multimedia menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas ( Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003).


1.2 DEFINISI MULTIMEDIA

Istilah ‘multimedia’ digunakan dalam banyak perkara seperti Sistem Maklumat Multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia dan lain-lain lagi. Multimedia merupakan gabungan pelbagai media. Multimedia dalam konteks pengkomputeran dapat ditakrifkan sebagai gabungan lebih daripada dua media. Contoh lain dapat diperhatikan dalamaktiviti kreatif yang lain. Teater menggunakan bahasa, pergerakan, pemandangan latar, peralatan dan teknik pencahayaan (Vivi Lachs, 2006).

Selain itu, multimedia juga diertikan sebagai kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer.

Menurut Edgar (1991), di dalam hasil penulisannya ”Multimedia in Education Conference”, multimedia ialah integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan dan menghidupkan suasana maklumat.

Manakala Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya “The Information Revolution: Education & Learning”, multimedia adalah perkataan teknologi untuk perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama berjenis-jenis media teks, illustrasi, gambar (foto), bunyi, suara, animasi dan video pada sebuah komputer.

Multimedia juga ditakrifkan sebagai:

“Presentation of content that relies on both text and graphics.” (Santa Barbara, Prof. of Psychology, University of California).

“The combination of various digital media types, such as text, images, sound, and video, into an integrated multisensory interactive application or presentation to convey a message or information to an audience.” (Mao Neo and Ken T. K. Neo, Lecturer, Multimedia University).

Secara kesimpulannya, daripada kesemua pengertian di atas, multimedia merupakan suatu gabungan lebih daripada dua media yang melibatkan kesepaduan pelbagai media seperti teks, suara, imej, grafik dan animasi.


1.3 DEFINISI MONTAJ

Montaj merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Montaj boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang dihasilkan menggunakan perisian movie maker, ulead video dan sebagainya. Montaj telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan meluasnya oleh penyelidik dan hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan montaj adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.



1.4 SKOP PENGAJARAN IBADAH

Pengajaran ibadah adalah merangkumi tajuk-tajuk pelajaran yang bukan sahaja melibatkan pelajaran secara teori malah ia memerlukan perlaksanaan secara praktikal. Pengajaran ini adalah termasuk di dalam bidang pembelajaran ‘Ulum Syar‘iyah di mana ia menumpukan perkara-perkara mengenai penghayatan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T serta memahami peranan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah sebagai ibadah yang diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Di samping itu juga dapat memperkukuh dan mempertingkatkan amalan ibadat-ibadat Fardu ‘Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. Di antara contoh tajuk yang terdapat skop pengajaraan ibadah seperti Solat Ketika Sakit, Solat Aidilfitri dan Aidiladha, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Tahajjud, Pengurusan Jenazah Satu Kefardhuan dan Zakat harta. Tajuk-tajuk tersebut adalah merupakan contoh-contoh bagi tajuk pelajaran Ibadah Tingkatan tiga.


BAB 2 : PENGAPLIKASIAN MONTAJ DI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH


2.1 MONTAJ SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN

Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, penghasilan montaj telah menjadi salah satu media yang popular dalam kalangan pendidik. Gabungan elemen media seperti teks, grafik dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Pengaplikasian montaj di dalam pengajaran dan pembelajaran Ibadah ini dapat meransang deria penglihatan dan pendengaran pelajar dan ini adalah bersesuaian dengan konsep pengajaran Ibadah itu sendiri yang mana ia tidak hanya bergantung kepada teori semata-mata bahkan lebih memerlukan kepada pengajaran dan pembelajaran secara amali atau praktikal.

2.2 CIRI-CIRI MONTAJ

Jenis Elemen Preskripsi

Teks • Digunakan pada tajuk utama isi dan arahan topik


Grafik • Menambahkan visual
• Menerangkan konsep yang tidak dapat diterangkan dengan teks.
• Boleh diimbas atau direkacipta dengan komputer.

Audio



• Menambahkan suasana dengan muzik kesan bunyi sebagai komunikasi idea.

Video

• Menunjukkan gambar secara realistik.

Animasi
• Menghidupkan projek dalam suasana realistik’



1. TEKS

Menurut Vivi Lachs (2006), apabila teks dihadkan kepada beberapa baris sahaja, kandungan perlu dipersembahkan dengan baik supaya audiens (pelajar) dapat membuat kesimpulan mengenai isi-isi penting dan perkataan-perkataan yang digunakan sesuai dengan pelajar. Ini menggalakkan pelajar menulis sendiri teks mereka secara ringkas dan jelas bagi mengelakkan mereka menyalin daripada buku.
Teks-teks yang lebih pendek lebih ringkas dan mudah, tetapi tidaklah sampai mengurangkan perkataan atau warna watak. Teks-teks yang lebih panjang dapat disambung ke skrin berikutnya. Teks ditaip menggunakan tulisan dan gaya yang jelas dan tidak dipenuhi dengan gambar-gambar yang berselerak.

2. GRAFIK

Menurut Karen S. Ivers & Ann E. Barron (1998), terdapat beberapa garis panduan untuk membantu guru dan pelajar dalam cara penghasilan grafik di dalam montaj:

• Menggunakan grafik untuk menekankan tajuk-tajuk (konsep) penting,
• Jangan memasukkan grafik yang boleh mengganggu proses P&P,
• Adalah lebih baik menggunakan grafik yang simple,
• Sekiranya grafik yang kompleks digunakan, tambahkan anak panah atau highlight -kan isi penting untuk membantu pelajar fokus kepada isi penting tersebut,
• Sentiasa gunakan icon yang serupa untuk fungsi yang sama.

3. AUDIO

Audio adalah sesuatu bunyi di dalam sesebuah program multimedia. Bunyi tanpa suara individu dapat membantu menghidupkan lagi suasana semasa montaj di mainkan seperti muzik latar belakang, kesan bunyi dan bunyi-bunyian yang menunjukkan fungsi.

4. VIDEO

Video sememangnya adalah medium bersepadu. Apa yang perlu difikirkan oleh guru adalah bagaimana menggabungkan video ke dalam susunan multimedia.

5 . ANIMASI

Animasi adalah cara menunjukkan apa yang sedang berlaku dan lebih tepat daripada memberi penjelasan. Tidak seperti video yang menunjukkan peristiwa sebenar, animasi secara khususnya berguna bagi menunjukkan proses dan konsep yang dinamik. Animasi adalah cara yang baik bagi memperjelaskan kefahaman pelajar kerana mereka perlu tahu setiap peringkat dalam proses, dengan itu mereka boleh menetapkan peringkat-peringkat itu mengikut susunan yang betul. Contoh dalam subtopik mengkafan jenazah, animasi digunakan untuk menunjukkan proses-proses mengkafankan jenazah.


2.2.1 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan di sini, kelima-lima elemen yang terdapat di dalam montaj dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Dalam penggunaan montaj yang berkesan, penekanaan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaraan yang dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud di antara bahan pelajaran dengan guru serta di antara bahan pelajaran dengan pelajar.


2.3 PENGGUNAAN MONTAJ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH

Penggunaan montaj sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Montaj sekiranya digunakan sebagai ‘set induksi’, ia dapat memberi gambaran awal tentang sesuatu tajuk yang hendak diajar. Manakala jika montaj digunakan di akhir sesi pengajaran, maka ia boleh dijadikan sebagai pengukuhan kepada pelajar agar pelajar lebih memahami sesuatu topik yang telah diajar. Contoh dalam tajuk ibadah seperti ‘Pengurusan Jenazah Satu Kefardhuan’, montaj yang boleh digunakan dalam subtopik ‘solat jenazah’ adalah berbentuk pengukuhan atau renungan untuk mengingatkan kematian kepada para pelajar sekaligus menimbulkan keinsafan kepada semua. Dengan penayangan montaj, pelajar dapaat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Montaj juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali montaj digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar dalam tajuk pengurusan jenazah, kematian itu satu kepastian. Oleh itu, bagi memujuk pelajar untuk sentiasa melakukan amar makuf nahi mungkar, montaj yang diolah menggambarkan betapa saat kematian itu memerlukan kepada amalan kebaikan di dalam kehidupan.

Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton bersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang penting. Contohnya dalam tajuk solat tahajud, guru boleh menayangkan montaj di mana solat dilakukan pada waktu malam dengan cahaya yang samar-samar dan fokuskan kepada jam yang menunjukkan masa solat tahajud dilakukan.


2.4 KELEBIHAN MONTAJ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH.

Tidak dinafikan bahawa teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video. Montaj contohnya telah mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik. Namun apa yang lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi (montaj) tersebut dengan lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk pengajaran dan pembelajaran.
Berikut adalah kelebihan montaj dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah:

 Montaj dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar.
Sebagai bahan kursus untuk memperkayakan aktiviti P&P, montaj dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk pelajar. Contohnya, dalam memberi pengukuhan dalam semua topik dalam ibadah kepada para pelajar. Ini dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar.

 Berpotensi untuk memperbaiki komunikasi, pendidikan dan latihan di dalam bilik darjah.
Selain itu, montaj juga menghiburkan dan meningkatkan kemahiran membaca, mendengar dan berinteraksi pelajar dengan teknologi terkini. Contohnya, setelah montaj dimainkan, pelajar dapat berinterasi dua hala dengan guru dengan sesi soal jawab dan ini dapat memperbaiki komunikasi para pelajar. Guru mengaitkan montaj yang ditayangkan dengan topik yang hendak di ajar. (Teresa O’Bannon & Marni Goldenberg, 2008)



 Mudah untuk digunakan.
Montaj juga boleh dijadikan sebagai sumber maklumat bagi pelajar untuk mempelajari tajuk baru. selain itu, ia juga mampu untuk menghasilkan persekitaran yang kaya dengan maklumat serta membantu memudahkan lagi aktiviti pembelajaran.

 Gambar, suara dan video yang berkualiti.
Montaj digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan memberi peluang kepada guru mengubah kaedah pengajaran dengan menginteraksikan klip video atau animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam pengajaran.

 Meringankan beban kerja guru.
Harus diingatkan bahawa teknologi multimedia (montaj) hanya bertindak sebagai pelengkap, tambahan atau alat bantu kepada guru. Montaj tidak akan mengambil alih tempat dan tugas guru tetapi ia hanya sebagai saluran pilihan dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih berkesan. Komputer hanya digunakan jika ia adalah perlu dan merupakan pilihan yang terbaik. Andainya terdapat pilihan lain yang lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat, gunakanlah pilihan itu. Contohnya, guru lebih mudah untuk memberi gambaran awal kepada pelajar tentang topik ibadat yang hendak di ajar.

 Dapat menarik perhatian pelajar.
Dalam pembelajaran berbantukan komputer (montaj) pelajar dapat didedahkan kepada isi pengajaran secara umum terlebih dahulu dan maklumat yang diperolehi tadi dapat disimpan secara logik dalam ingatan. Contohnya pelajar tidak akan bosan untuk mempelajari subjek pendidikan islam sekiranya guru menggunakan bahan multimedia (montaj) untuk menarik minat pelajar.

 Dapat menghiburkan suasana kelas.
Montaj yang menarik dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya sehinggalah sesi tersebut berakhir. Sebagaimana yang kita tahu, pelajaran ibadah ini mengambil masa yang panjang untuk mengajar sesebuah topik dan ia berbentuk fakta. Oleh itu, penggunaan montaj sedikit sebanyak dapat menghiburka suasana p&p yang sedang berlangsung.


2.5 KEPENTINGAN PENGGUNAAN MONTAJ

Di antara kepentingan penggunaan montaj dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

• Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi
penting kepada topik yang akan disampaikan.

• Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

• Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh
menghiburkan pelajar.

• Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria
melihat, mendengar atau menyentuh.

• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan
seharian.

• Melibatkan tiga domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor dan melibatkan
pelbagai deria pelajar. Contohnya, penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan
melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan
meningkatkan daya ingatan pelajar.

• Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

• Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan
masa yang minimum.

• Memperkayakan pengalaman pelajar. Contohnya, media bergerak boleh
memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau
alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah
mereka mengalaminya.


2.6 KELEMAHAN MONTAJ

Walaupun penggunaan montaj mempunyai pelbagai kelebihan, namun bahan pengajaran ini juga mempunyai keburukan. Di antara keburukan montaj ialah:

• Tidak semua sekolah menyediakan serta menggunakan komputer dan bahan-bahan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kekurangan kemudahan LCD menghalang untuk guru mengaplikasikan penggunaan montaj dalam pengajaran dan pembelajaran (Peter D. Grovers, 1966).

• Dari segi penghasilan suatu bahan pengajaran montaj, ia memerlukan “special hardware & software” seperti Microsoft PowerPoint, movie maker, Ulead Video dan lain-lain. Sekiranya hardware dan software tersebut tidak wujud, maka suatu bahan pengajaran montaj itu tidak dapat dihasilkan.

• Tidak selalu stabil iaitu tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada bahan pengajaran tersebut. Ini kerana penggunaanya adalah bergantung kepada sesuatu komputer atau laptop. Sekiranya komputer atau laptop tidak dapat berfungsi dengan baik ataupun mengalami masalah atau gangguan, ia akan menyebabkan bahan pengajaran tersebut tidak dapat dimainkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


BAB 3 : KESIMPULAN

Penggunaan teknologi multimedia yang betul merupakan salah satu daripada keperluan untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan di dalam konteks ini kami memfokuskan kepada pengaplikasian montaj. Namun, yang lebih penting ialah kefahaman tentang bagaimana media baru dapat digunakan secara efektif untuk memberikan idea-idea baru bagi mempersembahkan bahan-bahan pembelajaran yang membolehkan pelajar dimotivasikan untuk menjelajah isi pelajaran yang seterusnya memperkayakan proses pembelajaran.

Ditekankan sekali lagi bahawa montaj hanya bertindak sebagai pelengkap, tambahan atau alat bantu kepada guru dan ia tidak akan mengambil alih tempat dan tugas guru. Montaj adalah sebagai saluran pilihan dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih berkesan. Komputer hanya digunakan hanya jika ia adalah perlu dan pilihan yang terbaik. Andainya jikalau terdapat pilihan lain yang lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat, gunakanlah pilihan itu.

Teknologi maklumat bersifat dinamik dan sentiasa berkembang dengan pesatnya. Montaj juga adalah satu contoh teknologi yang sedang melalui era perkembangan. Memang tidak dapat dinafikan mempunyai potensi yang besar dalam sistem pendidikan ketika ini. Menerima kehadiran montaj ini tidaklah mencukupi tanpa mempraktikkannya. Oleh itu, untuk sama-sama memanfaatkannya, kita perlu sentiasa mengikuti berbagai latihan dan kursus yang berkaitan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perkembangan tersebut.

Dengan menggunakan komputer multimedia asas, guru boleh menggunakan perisian aplikasi berbentuk montaj dalam bilik darjah. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk menilai, memilih, mengolah dan melaksanakan aktiviti yang berkaitkan dengan multimedia dengan berkesan. Perancangan teliti adalah perlu kerana sebenarnya kelebihan montaj bukan terletak semata-mata kepada teknologinya, tetapi sebenarnya adalah kepada kreativiti dan usaha guru itu sendiri. Walaubagaimanapun, kerjasama dan sokongan semua pihak adalah merupakan penentu kepada sebarang implementasi projek komputer. Guru perlu memperlengkapkan diri dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa teknologi maklumat.

Khusus dalam pelajaran ibadah, montaj sememangnya memainkan peranan yang penting. Ini kerana pelajaran ibadat ini selalunya disifatkan sebagai satu topik yang membosankan bagi pelajar. Untuk menarik minat pelajar, guru perlu menghasilkan sesuatu yang boleh menarik perhatian. Oleh itu, montaj adalah salah satu dari bahan multimedia yang boleh menimbulkan minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran guru tersebut. Selain itu, montaj juga membantu memudahkan pengajaran ibadah itu sendiri. Pelajar mungkin akan memahami apa yang guru ajar tetapi dengan adanya montaj akan mengukuhkan lagi kefahaman pelajar tentang pelajaran ibadah ini.

Sebagaimana yang diketahui, penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisi di dalam pengajaran ibadah hanya melibatkan guru (teachers-centred) dan ia juga lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta-fakta yang diberikan oleh guru. Cara sebegini sebenarnya menimbulkan banyak masalah di dalam pengajaran ibadah dalam Pendidikan Islam dan secara tidak langsung akan mengurangkan minat pelajar.

Oleh yang demikian, kehadiran teknologi moden seperti penghasilan montaj di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban yang sedia wujud di dalam pembelajaran ibadah tadi. Selain itu, teks isi pelajaran ibadah yang panjang boleh diringkaskan dengan menggunakan media-media (montaj) yang lebih menarik sekaligus ia dapat meransang minda pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.





Rumusannya di sini, penggunaan montaj dalam pendidikan khusus Pendidikan Islam pengajaran topik Ibadah dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi dan kefahaman mereka. Selain itu, penggunaan montaj juga dapat membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, para guru haruslah peka terhadap perkembangan teknologi multimedia agar pendidikan di Malaysia khususnya Pendidika Islam bukan sekadar penyampaian isi kandungan silibus semata-mata.


























BIBLIOGRAFI


Adam Taib, Tan Tin Su, Fatimah Haji Nawawi et. all. (1983). Pameran Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Edgar, T. H., Docherty, T. M. (1991). Interactive Multimedia: The Need for a National Agenda and International Cooperative Communication Links. Multimedia in Education Conference, Griffiths University, July 1991.

Ewy, C. A. (2003). Teaching with Visual Frameworks, Focused Learning and Achievement Through Instructional Graphics Co-Created by Students and Teachers. California: Corwin Press, INC.

Fransecky, R. B., Debes, J. L. (1972). Visual Literacy: A Way to Learn A Way to Teach. Washington D. C. : Educational Communications and Technology, Publication Department.

Grovers, P.D. (1966). Film Higher Education And Research. Oxford: Pergamon Press.


Ivers, K.S., Barron, A.E. (1998). Multimedia Projects In Education Designing, Producing and Assessing. Englewood, Colorado: Teacher Ideas Press.


Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication.


Lachs, V. (2006). Multimedia Di Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.


Mohd. Suki Othman, Mohd. Nazmi Desa & Rijaluddin Yahya. (2007). Pendidikan Islam tingkatan tiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


O’Bannon, T., Goldenberg, M. (2008). Teaching With Movies Recreation, Sports, Tourism And Physical Education. United States: Human Kinetics.


http://eduscapes.com/seeds/use/different.html


0 comments:

Post a Comment

::GottCha::

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts